KETUA jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee ternyata belum berpuashati dengan persembahan barisan pemain muda yang diturunkan menentang Respect FC pada pusingan pertama Piala FA, di Stadium Likas Kota Kinabalu, malam tadi.
Tegasnya, masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki barisan pemain muda yang menggantikan beberapa pemain utama.
“Dari segi keputusan bagus untuk kita layak namun persembahan masih banyak lagi kelemahan. Banyak pertukaran pemain dalam kesebelasan utama dilakukan untuk memberikan peluang mereka beraksi namun masih belum dapat rentak yang baik dari saya jangkakan.
“Keputusan ini (menang) memang kita mahukan, meledak dua gol separuh masa kedua …itu yang lebih penting untuk perlawanan ke peringkat seterusnya,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Respect FC, Sathia Kumaran Subramaniam memaklumkan mereka hadir ke Kota Kinabalu bukan sahaja ingin bertanding dalam kejohanan tetapi memberikan tentangan sengit.
“Kita telah membuat persiapan awal dua minggu di Ipoh sebelum kejohanan, pemain bertungkus lumus dan disipilin, saya puas hati dengan prestasi dipamerkan kesemua pemain,” katanya.
Pada aksi malam tadi, pasukan Liga M3 itu berjaya mengikat kedudukan seri tanpa jaringan sepanjang babak pertama sebelum pemain pertahanan tuan rumah Ummareng Bacok menjaringkan gol pertama pada minit ke-50 sebelum Nazirul Naim melengkapkan kemenangan Sabah FC dengan gol kedua pada minit ke 85.
Add Comment