Bola Sepak

Piala FA: “Syabas kepada Kedah turunkan pemain-pemain tempatan”


Sains FC

KETUA  Jurulatih Sains FC Leong Hong Seng mengucapkan syabas kepada Kedah yang menurunkan keseluruhan pemain tempatan sekali gus membolehkan pasukannya sedikit sebanyak bersaing perlawanan di Stadium Darul Aman, Sabtu malam.

“Tapi pengalaman dan kualiti pemain Kedah yang dan menjadi penentu keputusan malam ini kerana rata-rata pemain kita adalah kakitangan Syarikat Air Tenaga Negeri Sembilan (Sains) manakala Kedah mempunyai fasiliti lengkap,” katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA FC) Aidil Sharin Sahak berpuas hati dengan persembahan pasukannya yang berjaya mara ke pusingan kedua Piala FA selepas menang 4-0.

 

Biarpun tidak menurunkan kesebelasan pemain utama dan pemain import, barisan pemain muda yang beraksi berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang.

“Bersyukur menang, ia dirancang dengan baik buat pasukan yang bermain tanpa kesebelasan utama dan import, bagi memberi peluang pemain tempatan bermain dan menunjukkan kualiti bermain.

“Sebab kami mempunyai ramai pemain muda yang ada keinginan untuk bermain dalam kesebelasan utama (perlawanan) ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemain dan baik untuk pasukan,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading