Bola Sepak

Hasrat Sains FC cipta kejutan tidak kesampaian ; KDA FC mudah lolos diri


HASRAT pasukan Liga Amateur (M3), Sains FC melakar kejutan  tidak kesampaian apabila kecundang 0-4 di tangan Kedah Darul Aman FC pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Satu gol pada babak pertama dan tiga gol yang terhasil pada baki 45 separuh masa kedua memberikan keselesaan buat anak didik Aidil Sharin Sahak yang mempertaruhkan barisan pemain muda.

Gol pertama tuan rumah dijaringkan Fayadh Zulkifli yang merembat kencang bola untuk menewaskan pejaga gawang pelawat, Jibrail Kamaron Baharin pada minit ke-18.

Kedudukan 1-0 itu sepanjang separuh masa pertama sebelum Fayadh sekali lagi menjaringkan gol kedua selang tiga minit separuh masa kedua bermula yang menyaksikan Jibrail mengutip bola kali kedua dalam gawang sendiri.

Sang Kenari terus selesa dihadapan menerusi percubaan Ameer Azahar pada minit ke-50 untuk gol ketiga dan pemain muda berkenaan terus mencipta nama selang 10 minit kemudian menerusi jaringan keempat buat pasukan.

Keputusan 4-0 ini kekal sehinggalah tamat perlawanan yang menyaksikan KDA FC melayakkan diri ke pusingan kedua Piala FA 2022.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: