Bola Sepak

Sabah FC dipaksa mandi peluh sebelum menang


Oleh : SUBKHI SUDARJI

SABAH FC dipaksa bermandi peluh sebelum menang 2-0 ke atas pasukan Liga M3, Respect FC pada aksi pusingan pertama Piala FA 2022 di Stadium Likas Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Pasukan yang berpangkalan di Ipoh itu diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain berpengalaman antaranya R. Surendren, Mohd. Hafiz Kamal, Mohd. Nazrin Nawi, Mohd. Fazrul Hazli Mohd Kadri, Abdul Aziz Ismail, Hamizul Izaidi Zulkefli dan Khairul Amri Salehuddin.

Tuan rumah ternyata diberikan saingan sengit dengan perlawanan yang dilihat seimbang bagi kedua-dua pasukan sehingga 45 minit babak pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Memasuki babak kedua, Sang Badak mula memperkemaskan corak permainan yang memberikan tekanan kepada Respect FC hingga dipaksa lebih banyak berkampung dikawasan sendiri.

Gol yang dicari tuan rumah akhirnya menjelma menerusi jaringan pemain pertahanan Ummareng Bacok pada minit ke-50  sebelum Nazirul Naim melengkapkan kemenangan Sabah FC dengan gol kedua pada minit ke 85.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: