Bola Sepak

Jurulatih KUFC dedah kebimbingan sebelum menentang Kinabalu Jaguar FC


Kebimbingan Syamsul terlerai selepas menang 4-0 ke atas Kinabalu Jaguar FC

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEBIMBINGAN Kelantan United FC yang melihat aksi agresif serta bertenaga Kinabalu Jaguar FC ketika menentang Sabah FC pada aksi persahabatan sebelum ini akhirnya terlerai selepas mengatasi lawan 4-0 pada pusingan pertama Piala FA 2022, malam tadi.

Ketua jurulatih KUFC, Syamsul Saad berkata, sebelum perlawanan mereka ada menyaksikan video perlawanan Kinabalu Jaguar menentang Sabah FC sebelum ini dengan keputusan seri 1-1.

“Sebenarnya ada sedikit kebimbingan untuk aksi pertama musim ini, bertemu Kinabalu Jaguar FC bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka beraksi dengan cukup bertenaga serta agresif ketika aksi persahabatan menentang Sabah FC.

“Kami ada melihat video perlawanan berkenaan dan timbal sedikit kebimbangan ancaman yang bakal dijelmakan,” ujarnya.

Mengulas perlawanan, Syamsul mengakui anak didiknya sedikit kelam kabut pada awal permainan namun kembali konsisten selepas memperolehi gol pertama.

“Peringkat awal pemain kehilangan bola, sedikit tertekan dan kelam kabut apapun tahniah buat semua pemain di atas kemenangan yang cukup berharga ini,” tegasnya.

Sementara itu, Pengendali Kinabalu Jaguar FC, Mohd Aiyyman Shah Johny Abdullah berkata, nasib nyata tidak memihak mereka kali ini namun berpuas hati dengan aksi melawan dipamerkan anak didiknya.

“Kami cuba mengimbangi perlawanan namun tewas dalam perebutan bola diudara, separuh masa kedua cuba memberikan tekanan namun nasib tidak memihak pasukan,” katanya.

Pada aksi yang berlansung  di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, KUFC  mudah menewaskan Kinabalu Jaguar FC dengan keputusan 4-0.

KUFC berjaya memperolehi dua gol pada babak pertama menerusi jaringan Haziq Mohd Subri pada minit ke-34 sebelum Ashraff Alifuddin menggandakan kelebihan jaringan ketika perlawanan berbaki tiga minit separuh masa kedua untuk kedudukan 2-0.

Skuad bimbingan Syamsul Mohd Saad terus meledak dua gol pada babak kedua menerusi jaringan pemain import Amidu Salifu pada minit ke 51 Njoku Jacob (m- 57) untuk kemenangan mutlak KUFC, 4-0 mengatasi Kinabalu Jaguar FC.

 

 

 

sangat pusa hati kemenang n didperlukan, kita sangat tertekan utk perlawana. pertama kita utk musim ini, pada peringkat awal atak kehilangan bolą dan tertekan, hantaran agak kelam kaput, cuma gol pertama awal minit permaiann sgt bantu kita kurangkan tekanan, tahaniah pemain dan pengrusan.

harap perkemabaan ini suntikan semanagat pemainutk hadpaai jdt jauh lebihbaik dari Kinabalu jaguar, keriauan kita tak video main don sabah sagt disipin dan agresif pada aksi tersebut.

game malam ini, kita cua imbangi perlawanan kita hilang tumpuan bolą diudara, pemain kita rendah2

search mas akedua cuba melayan, nasib tidak memihak kita.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: