Bola Sepak

Salah tolak tawaran kontrak baharu


MASA depan Mohamed Salah bersama Liverpool kini terus hangat diperkatakan apabila kontrak baharu yang ditawarkan The Reds tidak mengikut kehendak dan ditolak penyerang antarabangsa Mesir itu.

Berbaki 18 bulan kini seandainya tiada perjanjian baharu dimeterai ini bermakna Salah boleh pergi secara percuma pada Julai 2023 jika tiada persetujuan mengenai kontrak baharu.

Liverpool bukan tidak mahu memberikan kontrak baharu namun sehingga kini masih belum ada persetujuan berhubung kesinambungan karier Salah di Anfield.

Ini jelas membimbangkan peminat Liverpool yang berkemungkinan kehilangan pemain terbaik mereka ketika ini, namun begitu,  pemain berusia 30 tahun itu sudah menegaskan keinginannya bertahan di Liverpool.

Bagi pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dia nyata tidak mampu berbuat apa-apa seandainya Salah mempunyai keputusan lain.

“Kami tidak boleh berbuat lebih banyak (tentang kontrak), begitulah keadaannya. Tetapi saya tidak fikir tentang itu. Ia adalah keputusan Mo Salah.

“Kelab melakukan apa yang boleh dilakukan oleh kelab,” kata Klopp.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: