Bola Sepak

Giliran MUFC pula diserang Covid-19


SELEPAS Sri Pahang FC dan Negeri Sembilan FC dilanda Covid-19 menyebabkan aksi membabitkan pasukan mereka ditunda kini giliran Melaka United FC pula yang berdepan masalah sebahagian besar pemain dan pegawai disahkan positif Covid-19.

Keadaan ini menyebabkan aksi  Pusingan Pertama Piala FA Malaysia 2022 diantara  Melaka United FC menentang PIB FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini ditunda  ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

“Keputusan ini berikutan sebahagian besar pemain dan pegawai pasukan Melaka United FC didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan RTK antigen dijalankan.
“Sehubungan itu, pihak Melaka United FC telahpun memohon kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menunda perlawanan berkenaan ke satu tarikh lain dan telahpun diluluskan pihak MFL,” ujar kenyataan media yang dikeluarkan MUFC.
Tambahnya lagi, penundaan perlawanan adalah demi melindungi kesihatan semua yang terlibat termasuk para penyokong daripada Covid-19.
“Kepada penyokong yang telah membeli tiket perlawanan di tickethotline.com.my anda boleh menggunakan tiket anda pada tarikh baharu perlawanan yang akan diumumkan.
“Pihak Melaka United FC memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku kepada PIB FC dan semua pihak yang terlibat berikutan penundaan perlawanan ini,” jelasnya.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading