Antarabangsa

Spekulasi Ramos bakal tinggalkan PSG hujung musim ini


Ramos berdepan dengan situasi sukar berdepan dengan kecederaan sepanjang bersama PSG.

SERGIO Ramos dilaporkan boleh meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) musim ini selepas hanya satu musim bersama kelab.

Pertahanan Sepanyol itu berpindah ke Perancis sebagai pemain bebas dari Real Madrid musim lalu dengan kontrak dua tahun selepas 16 tahun bersama kelab tersebut.

Bagaimanapun, pemain berusia 35 tahun itu berdepan dengan kecederaan bahagian kaki sepanjang kempen dan hanya beraksi lima perlawanan dalam semua kejohanan.

Menurut laporan Diario AS, kemungkinan besar Ramos akan meninggalkan Parc des Princes akhir musim ini.

Laporan tersebut memberitahu bahwa pendahulu Ligue 1 itu tidak akan membuat keputusan terburu-buru namun akan berhati-hati membuat pertimbangan terhadap pemain itu.

Ramos yang tidak bermain sejak 23 Januari kini berdepan dengan masa untuk kembali cergas menjelang aksi Liga Juara-juara berdepan dengan bekas kelabnya, Real Madrid Rabu ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: