Antarabangsa

Selepas lapan tahun ‘bahagian patung’ Ronaldo lebih bersinar


Ronaldo bergambar bersama patungnya pada tahun 2014.

PATUNG Cristiano Ronaldo yang dibina di kampung halamannya Funchal, Portugal tidak dinafikan menjadi tarikan peminat-peminat untuk bergambar di situ.

Namun, patung kebanggaan bintang Manchester United dan Portugal itu menunjukkan perubahan selepas hampir lapan tahun dibina.

Seperti kebanyakan patung terkenal yang diperbuat daripada gangsa, kesan terlalu kerap disentuh di bahagian tertentu payung itu menyebabkan warnanya berubah kelihatan lebih bersinar.

Dengan ketinggian 3.4 meter, bahagian kemaluan patung Ronaldo menjadi sasaran untuk peminat-peminat menyentuh ketika bergambar selepas didirikan pada tahun 2014.

Patung itu dikatakan mempunyai berat dalam lingkungan 800 paun, dan turut ditulis dengan perkataan ‘Pemain Terbaik Di Dunia’.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading