Antarabangsa

Taekwando Dunia batalkan tali pinggang hitam kehormat Putin


Putin (tengah) dianugerahkan tali pinggang hitam kehormat Taekwando Dunia pada tahun 2013.

TALI pinggang hitam kehormat Presiden Rusia Vladimir Putin telah dibatalkan oleh Persekutuan Taekwando Antarabangsa  susulan pencerobohan perang ke atas Ukraine.

Nama Putin terus disekat badan-badan induk sukan dunia, termasuk di peringkat liga dan organisasi sukan di seluruh dunia sebagai tanda solidariti mereka kepada Ukraine, ketika Rusia menghukum ‘serangan kejam’ ke atas jiran mereka.

Sebagai peminat seni mempertahankan diri, Putin,69, telah dianugerahkan tali pinggang kehormat ke-9 dan hitam pada tahun 2013.

Malah Putin turut digantung sebagai presiden kehormat Persekutuan Judo Antarabangsa.

“Taekwondo Dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam terhadap nyawa yang tidak bersalah di Ukraine, yang bertentangan dengan visi Taekwondo Dunia iaitu ‘Kedamaian Lebih Berharga daripada Kemenangan’ dan nilai-nilai Taekwondo Dunia adalah hormat dan toleransi.

“Ingatan Taekwondo Dunia adalah kepada rakyat Ukraine dan kami berharap agar peperangan ini berakhir secara aman dan segera.

Bangunan Universiti Nasional Karazin turut musnah berikutan serangan tentera Rusia di Ukraine.

“Dalam situasi ini, Taekwondo Dunia telah memutuskan untuk menarik balik tali pinggang kehormat ke-9 dan hitam yang diberikan kepada Vladimir Putin pada November 2013.”

Bersetuju dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Taekwondo Dunia juga mengesahkan bahawa tiada bendera atau lagu kebangsaan Rusia atau Belarus akan dipamerkan dan dimainkan pada sebarang kejohanan anjuran organisasi itu seluruh dunia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading