Antarabangsa

Dua pemain bola sepak Ukraine terbunuh diserang Rusia


DUA pemain bola sepak Ukraine dilaporkan terbunuh ketika pencerobohan Rusia ke atas tanah air mereka.

Vitalii Sapylo,21, bermain bersama Divisyen Dua, Karpaty Lviv FC, kehilangan nyawa semasa pertempuran berhampiran Kiev selepas menyertai tentera sebagai komander kereta kebal.

Manakala Dmytro Martynenko, 25, pemain amatur dengan kelab FC Gostomel, terkorban bersama ibunya apabila blok pangsapuri mereka berhampiran ibu negara Ukraine dibom oleh tentera Rusia.

Menurut kenyataan FIFPRO (Persekutuan Antarabangsa Pemain Bola Sepak Profesional): “Ingatan kami kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan pemain muda Ukraine Vitalii Sapylo dan Dmytro Martynenko, kehilangan pertama melibatkan pemain bola sepak yang dilaporkan dalam perang ini. Semoga mereka berdua berehat dengan tenang.”

Kenyataan kelab mengesahkan dia meninggal dunia pada Jumaat lalu.

“Kami menghargai ingatan abadi wira ini.”

Dalam perkembangan lain, pada FIFA dan UEFA telah pun mengambil tindakan sewajarnya dalam mengutuk tindakan Rusia yang menyerang Ukraine dengan menggantung pasukan kebangsaan dan kelab serta-merta di pentas antarabangsa.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: