Bola Sepak

MUFC masih perlukan masa – Vida


Sony Norde dikawal ketat pertahanan PJ City FC.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA jurulatih Melaka United FC, Risto Vidakovic mengakui pemainnya masih memerlukan masa untuk mencapai keserasian dan mempamerkan aksi sebenar susulan kekalahan tipis 0-1 di tangan Petaling Jaya City FC, malam tadi.

Tegasnya, apabila pasukan dikumpulkan dalam masa yang agak singkat pastinya ia memberikan kesukaran untuk pemain serasi dengan corak  permainan yang ingin ditampilkan.

“Beberapa pemain agak lewat menyertai pasukan, menyiapkan pasukan dalam tempoh 10 hari dari perlawanan sebenar bermula agak sukar, saya rasa untuk perlawanan pertama malam ini pemain telah memberikan persembahan dan percaya kualiti akan dipertingkatkan lagi.

“Dua perlawanan awal ditempat lawan, untuk persembahan malam ini pemain perlu mempelajarinya dan segera memperbaikinya pada masa akan datang,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ itu, hasrat pelawat memungut mata pertama dalam saingan Liga Super  2022 tidak kesampaian selepas tewas tipis 0-1 hasil jaringan bekas pemainya, S Kumaahran

S Kumaahran menjadi duri dalam daging apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan ‘half-volley’ menewaskan Norazlan Razali pada minit ke-43.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: