
PETALING Jaya City FC (PJ City) berjaya mengutip tiga mata penuh pada aksi pertama Liga Super musim ini selepas menewaskan Melaka United FC (MUFC) dengan jaringan 1-0.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan perlawanan yang menarik dengan kedua-dua pasukan.
Melaka United tampil garang sepuluh minit pertama permainan dengan beberapa percubaan, namun rentak itu berjaya dibaca pemain-pemain tuan rumah.
PJ City berjaya mencuri gol pertama perlawanan menerusi tendangan voli cantik daripada S.Kumaahran beberapa minit sebelum berakhir babak pertama.
42′ GOL | S. Kumaahran melepaskan voli yang menewaskan Norazlan Razali untuk gol pertama malam ini!@pjcityfc 1-0 @MelakaUnitedFC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/mrLAu1g1vN
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) March 5, 2022
Sepanjang 45 minit permainan menyaksikan PJ City menguasai perlawanan 55 peratus berbanding MUFC.
Bersambung ke babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan kelihatan cuma mencari jaringan, namun ianya tidak berlaku sehingga wisel akhir dibunyikan.
“Kami sangat gembira. Pemain-pemain sangat komited dan memberi prestasi yang terbaik.
“Malah kami juga banyak mencipta peluang gol dan harap ia akan kekal selepas ini. Manakala pemain-pemain Melaka United juga bermain baik, namun saya lebih gembira dengan pemain-pemain lokal kita yang menunjukkan cara bermain ,” jelas pengendali PJ City, P. Maniam selepas perlawanan.
Kemenangan ini menyaksikan PJ City FC berada di kedudukan keempat setakat ini selepas perlawanan pertama.
Add Comment