Bola Sepak

Permainan terbaik Minamino – Klopp


Minamino (tengah) meledak dua gol membantu kemenangan The Reds awal pagi tadi.

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menganggap dua gol jaringan Takumi Minamino ketika membantu pasukan menewaskan Norwich City dalam saingan Piala FA awal pagi tadi adalah permainan terbaiknya.

Tegasnya, pasukan  tidak pernah mara ke suku akhir Piala FA dimana kami melakukan 10 pertukaran dan ia sukar menentang pasukan yang bagus, tetapi kami bermain dengan baik dan menjaringkan gol yang menarik.

“Takumi pemain yang menakjubkan dan malam ini adalah permainan terbaiknya buat kami. Dia sentiasa memberikan ancaman,” katanya.

Pada aksi di laman sendiri pagi tadi, Liverpool mara ke suku akhir Piala FA selepas dua gol menerusi Minamino di babak pertama memastikan kemenangan 2-1 ke atas Norwich City di Anfield.

Tiga hari selepas menjulang Piala Liga untuk trofi major pertama musim ini, Liverpool menguasai pesaing Liga Perdana Inggeris itu di awal permainan.

Gol pertama Minamino melengkapkan gerakan menarik Liverpool, dengan Divock Origi, yang diberi peluang memulakan permainan oleh Jurgen Klopp, membuat umpanan untuk rakan sepasukannya itu pada minit ke-29.

Rembatan padu Minamino lapan minit kemudian meletakkan Liverpool selesa di depan dan Alex Oxlade-Chamberlain hampir meledak gol ketiga di pertengahan babak kedua.

Bagaimanapun Norwich cuba bangkit dan Lukas Rupp memberikan harapan dengan merapatkan jurang ketika permainan berbaki 14 minit.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: