Bola Sepak

Liga M 2022 : Siapa yang mampu rosakkan rekod JDT


 

JDT merangkul gelaran Piala Sumbangsih 2022 dengan menewaskan KL City FC, Sabtu lalu.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

SELEPAS berakhirnya saingan Piala Sumbangsih 2022, Sabtu lalu kini tumpuan pastinya terarah kepada sepak mula Liga Malaysia 2022 (Liga-M) yang membabitkan Liga Super dan juga Liga Premier.

Namun untuk ruangan ini penulis ingin berkongsi pandangan dan pemerhatian pasukan-pasukan yang bakal bersaing dalam saingan Liga Super 2022 membabitkan sebanyak 12 pasukan.

Juara lapan tahun berturut-turut JDT, Kedah Darul Aman FC, Penang FC, Terengganu FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Melaka United FC, PJ City FC, Sri Pahang FC, Sabah FC, Negeri Sembilan FC dan Sarawak United FC antara pasukan yang melengkap saingan liga nombor satu di Malaysia.

Harimau Selatan yang dibimbing Benjamin Mora pastinya ingin terus mengekalkan penguasaan selaku raja bolasepak tempatan yang sememangnya sukar digugat pasukan lain berdasarkan persiapan JDT dengan membawa masuk penyerang import baharu untuk memperkuatkan pasukan.

KDA FC, TFC dan Selangor FC diantara beberapa pasukan yang dilihat mampu memberikan saingan kepada JDT dalam saingan musim ini dengan beberapa perubahan serta muka-muka baharu dibawa masuk.

Syarat untuk mengatasi JDT dan bergelar juara Liga Super  adalah dengan menewaskan anak didik Benjamin Mora dan pada masa sama jangan tewas dengan 11 pasukan lain kerana inilah yang sering berlaku pada musim lepas.

Sri Pahang FC, Penang FC, KL City FC  dan Melaka United FC serta Sabah FC juga dilihat antara prospek untuk berada dalam kedudukan empat terbaik jika semua perancangan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan anasir liar membabitkan kewangan dan juga masalah-masalah lain.

Kelompok tiga terbawah pula bakal diisi Sarawak United FC, Petaling Jaya City FC dan Negeri Sembilan FC, namun harus diingat ini hanyalah andaian, mungkin sebaliknya boleh berlaku.

Selamat berjuang buat 12 pasukan…Demi kebanggaan kita semua….

 

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: