Bola Sepak Komentar

Bola sepak wanita negara hanya layak ‘liga kampung’, layanan ‘bias’ diteruskan…


Oleh: SURYATI MOHD NOR

AGAK mengecewakan berkali-kali  apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan tidak menghantar pasukan bola sepak wanita beraksi pada Sukan SEA Hanoi, Mei ini.

Apa sahaja alasan FAM untuk ‘menghalang’ skuad wanita ke Sukan SEA ia sebenarnya amat memalukan bagi sukan bola sepak tanah air.

Jelas sekali pasukan bola sepak wanita negara terus ‘dianaktirikan’, bukan sahaja dari segi  pembangunan akar umbi pembangunan yang bagaikan ‘hidup tak mahu, mati pun segan’, sebaliknya dari segi penyertaan kejohanan.

Hakikatnya bukan tidak ada pasukan atau pemain yang berbakat, malah sejak berdekad dulu lagi skuad wanita negara sudah ditubuhkan dan PERNAH membawa nama Malaysia di pentas Piala Asia pada tahun 1975.

Memang benar, pencapaian skuad wanita tidak ‘seGAH‘ ‘skuad lelaki’ yang selalu diberi perhatian, penilaian, ‘pembedahan’ dan sebagainya, namun layanan yang tidak ‘adil’ ini menjawab mengapa pasukan wanita masih ketinggalan jauh daripada negara-negara Asean lain. JAUH!

Nak dikatakan pasukan bola sepak wanita tidak mendapat sambutan daripada penyokong-penyokong bola tempatan, tidak juga… kerana berapa kejohanan liga bola yang dianjurkan oleh beberapa persatuan atau kelab sebelum ini amat menggalakkan.

Mengambil contoh Liga Super Wanita FAS (WSL) serta Kejohanan Bola Sepak Wanita Kuala Lumpur (KLWFC) yang berlangsung hujung tahun lalu membuktikan kemeriahan tersendiri.

Namun amat sedih, hanya setakat itu sahaja… semangat dan bakat pemain-pemain-pemain yang ada hanya layak untuk ‘liga kampung’ sahaja.

Sedekad lalu, sudah mendengar ayat yang sama ‘bola sepak wanita akan diberi perhatian, ada program akar umbi’… namun sedekad kemudian ianya masih sama. Segalanya di atas kertas sahaja.

Ke mana dan apa orang-orang yang sapatutnya menjaga ‘department’ bola sepak wanita negara ini buat?

Skuad negara beraksi pada kempen Kelayakan Piala Asia 2022 di Palestin September lalu.

Apa pun keputusan tidak menghantar pasukan wanita ke Sukan SEA ini sesuatu yang tidak boleh dihadam ‘mengapa’?

Kali terakhir skuad wanita negara beraksi di pentas Sukan SEA pada edisi 2019 di Filipina.

Manakala kali terakhir skuad negara beraksi di kejohanan antarabangsa pada kempen kelayakan Piala Asia Wanita 2022 yang berlangsung di Palestin September lalu.

Pada Rabu, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar mendedahkan FAM tidak menghantar skuad bola sepak wanita ke Sukan SEA di Hanoi tanpa mengulas lanjut sebabnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading