
Oleh : SUBKHI SUDARJI
DUA pasukan berstatus negeri, tiga pasukan feeder, empat pasukan kelab dan satu pasukan pembangunan dari FAM antara 10 pasukan yang bakal memeriahkan saingan Liga Premier 2022.
Kelantan FC, Perak FC, Kuching City FC, UiTM FC, Terengganu FC II, Selangor FC 2, JDT II, PDRM FC, Kelantan United FC dan Skuad Projek FAM-MSN pastinya memiliki sasaran dan impian tersendiri ingin dibuktikan.
Saingan perebutan dua pasukan teratas bagi memburu slot automatik Liga Super 2023 tentunya menjadi buruan Kelantan FC, Perak FC, Kuching FC, UiTM FC dan juga PDRM FC.
Tidak dinafikan tiga kelab feeder iaitu Terengganu FC II, JDT II dan Selangor FC 2 juga mampu memberikan saingan namun seGAH macam mana pun mereka tidak akan sesekali dinaikkan PANGKAT beraksi dalam saingan Liga Super.
Berbalik kepada dua pasukan negeri dan eempat kelab, jika dilihat kepada persiapan pada pra musim, Kelantan FC dan Perak FC memiliki peluang untuk kembali bersama di pentas utama liga bolasepak tempatan.
Bukan menafikan hak dan kemampuan pasukan lain tetapi sebaliknya mungkin boleh berlaku seandainya Kelantan United FC, Kuching City FC, PDRM FC dan UiTM FC mempamerkan aksi konsisten selain tidak diganggu dengan masalah gaji pemain.
Namun dalam bola sepak tempatan, segala-galanya mungkin berlaku , hari ini mereka bermain baik namun selang tiga hari kemudian sebaliknya berlaku apabila mereka beraksi dibawah kemampuan sebenar.
Sebagai peminat dan pemerhati bolasepak tempatan, penulis pastinya mahu melihat corak permainan yang tersusun dan memiliki DNA tersendiri dengan semangat kesukanan dipamerkan…tidak mahu lagi menulis aksi pergaduhan dikalangan pemain.





Add Comment