Bola Sepak

MAG dan MFL jalin kerjasama


MALAYSIA Aviation Group (MAG) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sekali gus mengumumkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines, sebagai rakan penerbangan rasminya yang menandakan komitmen Malaysia Airlines untuk mewujudkan rasa identiti nasional kolektif dan perpaduan melalui sukan nombor satu negara itu.

Melalui perkongsian ini, Malaysia Airlines akan menyediakan perjalanan yang selamat dan lancar untuk MFL, bagi menyokong aktivitinya, termasuk persidangan tempatan dan antarabangsa, klinik bola sepak, dan pertandingan profesional di bawah pengelolaannya.

Lanjutan daripada komitmennya sebagai rakan penerbangan rasmi untuk MFL – Kumpulan Penerbangan Malaysia itu akan memanfaatkan rangkaian organisasi meluas mereka menerusi pelaksanaan kempen, penjenamaan serta acara bersama dengan Firefly, MASwings, MHholidays dan Enrich.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Izham Ismail berkata, hubungan simbiotik antara Malaysia Airlines dan MFL ini akan memberi manfaat kepada peminat bola sepak di seluruh negara.

“Menyatukan peminat dengan pasukan kegemaran mereka, terutamanya penyokong dari Malaysia Timur, yang kini boleh menikmati lebih banyak perlawanan yang diadakan di Semenanjung, dan sebaliknya melalui sambungan lancar kami dan peningkatan kekerapan penerbangan.” katanya pada majlis perjanjian itu hari ini.

MoU itu ditandatangani  Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, dan Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan MAB, Lau Yin May.

Sementara itu, Stuart Ramalingam berkata, perkongsian Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dengan Malaysia Airlines Berhad melambangkan dua jenama – syarikat penerbangan kebangsaan dan persatuan bola sepak terbesar negara – bersatu untuk meningkatkan taraf dunia bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, selaras dengan agenda negara.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading