Bola Sepak

Peluang Pan-gon pilih pemain Harimau Malaya – Yusoff


Oleh : SUBKHI SUDARJI

BAYANGAN skuad baharu Harimau Malaya yang bakal dipanggil menyertai kem latihan kebangsaan menjelang perlawanan persahabatan menentang Filipina dan Singapura, Mac ini akan dinilai berdasarkan perlawanan Piala Sumbangsih dan dua perlawanan awal saingan Liga Malaysia 2022.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, ketika ini jurulatih baharu, Kim Pan-gon akan menilai pemain berdasarkan beberapa perlawanan awal saingan Liga Malaysia yang bakal bermula 4/5 dań 8/9 Mac nanti.

“Saya ingat sekarang ini, jurulatih (Pan-gon) sedang memantau perlawanan-perlawanan yang akan datang dengan Piala Sumbangsih dan Liga Malaysia.

“Dua perlawanan awal bakal dijadikan ukuran dan penilaian Pan-gon sebelum memanggil pemain menyertai skuad kebangsaan.

“Ini peluang (Pan-gon) untuk memilih pemain-pemain yang berhak dan sesuai dengan strategi serta ideanya, macam mana pasukan yang dimahukannya, jadi saya lihat dua aksi awal akan digunakan untuk nilai sebelum memanggil pemain menyertai skuad kebangsaan,” jelasnya.

Kelibat Pan-gon yang merupakan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong dilihat menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih 2022 diantara JDT dan KL City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

Untuk rekod saingan Liga Super bakal melakukan sepak mula pada 4 Mac manakala Liga Premier 5 Mac dengan dua perlawanan sebelum liga berehat bagi persiapan skuad Harimau Malaya dan disambung semula pada 9 April 2022.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: