Bola Sepak

Pasukan KPG masuk ‘gear’ lebih awal


Barisan kejurulatihan skuad kebangsaan dirakam fokus ‘bertugas’ ketika aksi Piala Sumbangsih di antara JDT dan KL City FC Jumaat lalu.

BUKAN memuji namun apa yang dilihat daripada pasukan kejurulatihan baharu Harimau Malaya yang diketuai Kim Pan-gon telah memberi perseptif yang menyenangkan.

Sekurang-kurangnya, Pan-gon sudah mula masuk ‘gear’ melakukan apa yang perlu dan tidak mengambil masa lama untuk menilai pemain-pemain yang beraksi bersama kelab masing-masing.

Pada aksi Piala Sumbangsih Jumaat lalu, barisan kejurulatihan Pan-gon tidak ketinggalan hadir ke Stadium Sultan Ibrahim, bukan sebagai pemerhati sebaliknya fokus bekerja sepanjang aksi 90 minit di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC bermain.

Pan-gon (tengah) bersama pembantu-pembantunya diperkenalkan secara rasmi baru-baru ini.

Mungkin ia satu pemandangan baharu buat peminat-peminat bola sepak tempatan memandangkan sebelum ini boleh dikatakan hanya melihat ketua jurulatih hadir dan menjadi ‘silent watcher’.

Bukan juga membuat perbandingan dengan barisan teknikal sebelum ini, tetapi apa yang jelas sedikit sebanyak ‘bunga-bunga’ keyakinan untuk melihat landskap pengurusan pasukan kebangsaan ada perubahan.

Nampak juga etika pemakaian yang kemas ditampilkan barisan kejurulatihan yang kita sedia maklum bagaimana ‘orang’ Korea bekerja yang mementingkan disiplin dari semua aspek.

Barisan kejurulatihan Harimau Malaya terdiri daripada Kim Pan-gon (Ketua Jurulatih), E.Elavarasan (penolong jurulatih tempatan), Pau Marti Vicente dari Sepanyol (penolong jurulatih), Cho Junho dari Republik Korea (jurulatih penjaga gol), Dr. Gokhan Kandemir dari Turki (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun dari Republik Korea (jurulatih analisis prestasi).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: