Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia 2023 tetap diadakan – Faizal


Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

KEMENTERIAN Belia dań Sukan masih belum mengadakan sebarang perbincangan sama ada untuk membatalkan penganjuran kejohanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun nanti berikutan kadar peningkatan kes Covid -19 yang semakin meningkat ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, setakat ini kebenaran mengadakan perlawanan tersebut berjalan sebagaimana yang dirancang dan mengharapkan tiada keputusan lain yang menyebabkan kejohanan tidak dapat diadakan.

“Setakat ini tiada perbincangan kearah itu, sehingga jam 10.25 pagi 25 haribulan, Prosedur Operasi Standard  (SOP) penganjuran seperti sedia ada, tiada bincang untuk tangguh dan sebagainya dan kita harapkan semuannya berjalan seperti yang dirancang.

“Kita doakan agar tiada peningkatan kes dan keputusan yang sebabkan kita tidak boleh menganjurkan kejohanan dałam negara ini,” jelasnya ditemui selepas Majlis Pelancaran Buku Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang di Wisma FAM, hari ini.

Tambahnya lagi, setakat ini kita masih mengekalkan sop penonton ke stadium adalah mengikut semasa dengan kapasiti stadium tidak melebihi 50 peratus, penjarakan sosial dan makan minus dalam stadium masih tidak dibenarkan.

“Kita juga mengharapkan orang ramai kekal menjaga sop dan ketatkan sop secara kendiri supaya kita dapat melawan penularan wabak ini dan segala aktiviti sukan dapat diteruskan dijalankan.

“Saya bimbang berlaku peningkatan terlalu mendadak maka perkara pertama yang akan disekat adalah aktiviti sukan, gimnasium ditutup dan sebagainya

“Jadi saya amat berharap agar orang ramai faham perkara ini dan jika kita henak terus ekkal riadah dan sebagainya, sop telah ditetapkan perlu diikut dań diketatkan dengan sop kendiri,” jelasnya.

Untuk rekod pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil Jun ini dengan Malaysia diundi berada dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh pada saingan yang akan membuka tirai pada 8 hingga 14 Jun ini.

 

 

 

 

Piala Asia 2023 di China selepas Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: