
PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan bersara daripada aktiviti bola sepak sekiranya skuad Harimau Selatan itu kecundang buat kali kedua di tangan KL City FC pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, Sabtu malam.
Menerusi status di Instagram miliknya, Tunku Ismail memberitahu beliau akan meninggalkan bola sepak sepenuhnya jika pasukan JDT tewas dalam aksi Piala Sumbangsih itu.

“Jikalau kalah esok, saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terlibat lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara,” kata Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya.
JDT beraksi di pentas Piala Sumbangsih tahun ini berikutan bergelar juara Liga Super 2021, manakala KL City pula ada slot bergelar juara Piala Malaysia selepas menewaskan kelab gergasi dari Selatan itu dengan keputusan 2-0.





Add Comment