
FERRARI secara rasmi memperkenalkan jentera baharu menjelang aksi perlumbaan Formula One (F1) musim 2022.
Diperkenalkan sebagai SF-75, sempena 75 tahun pengasas Enzo Ferrari mengeluarkan kereta pertama yang membawa namanya, pesaing pasukan 2022 telah direka untuk memenuhi peraturan baharu radikal yang diperkenalkan tahun ini untuk menambah baik perlumbaan.
“Saya perlu beritahu kepada semua bahawa kami telah meletakkan jiwa dan raga kepada kereta ini.
“Saya juga mahu F1-75 bersedia untuk bertarung di setiap litar Grand Prix, bersaing dengan pesaing kami dan menyasarkan untuk menjadi yang terbaik.
“Kami mempunyai tanggungjawab kepada syarikat kami dan kepada rakan kongsi, tetapi yang paling penting saya mahu kereta ini tampil terbaik dan membuatkan peminat kami sekali lagi berbangga dengan Ferrari,” ujar principal pasukan Mattia Binotto.
New season, new challenges and a fresh reset 💪#essereFerrari 🔴 pic.twitter.com/R9fdy32jf1
— Scuderia Ferrari (@ScuderiaFerrari) February 17, 2022
Pada musim 2020, Ferrari bangkit menguasai kedudukan ketiga keseluruhan selepas tempoh suram sebelum ini.
Namun mereka gagal memenangi sebarang perlumbaan sejak dua musim ini yang menyaksikan kali terakhir meraih trofi juara ketika aksi Grand Prix Singapura 2019 menerusi Sebastian Vettel.
Manakala kali terakhir bergelar juara pemandu keseluruhan pada 2007 dirangkul Kimi Raikkonen yang kini telah bersara.
Pasukan Ferrari bakal membuka saingan musim ini pada 20 Mac di Bahrain dengan mengekalkan pelumba dari Monaco Charles Leclerc dan Carlos Sainz Sepanyol).
Add Comment