Bola Sepak EPL

Ronaldo jaringkan gol, Man United melonjak


KEMARAU jaringan dalam enam perlawanan yang dihadapi Cristiano Ronaldo akhirnya terlerai apabila pemain Manchester United itu meledak satu gol membantu kemenangan pasukan menganas Brighton, 2-0 pada aksi tunggal Liga Perdana Inggeris (EPL), pagi tadi.

Kemenangan ini juga memastikan skuad bimbingan Ralf Rangnick kembali ke kelompok empat teratas EPL.

Bagi Rangnick, dia mengakui persembahan Ronaldo  kali ini antara yang terbaik.

“Ia sangat penting bukan sahaja kerana dia menjaringkan gol, tetapi ia adalah gol yang luar biasa. Ia amat bermakna kepada kami semua.

“Secara keseluruhan, persembahannya adalah antara yang terbaik sejak saya tiba di sini.”kata Rangnick, dipetik oleh BBC.

Ronaldo kini telah menjaringkan 15 gol dalam 27 penampilan untuk Manchester United musim ini. Dia menjadi pemain paling prolifik di Old Trafford.

Pada aksi tersebut, Ronaldo menegaskan gawang lawan pada minit ke-51 sebelum rakan sepasukan, Bruno Fernandes menggandakan kelebihan pada penghujung perlawanan.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment