Bola Sepak

Liga M3 : Kijang Rangers FC dapat tonik


Vincent Leng (kiri) menyerahkan replika penajaan kepada Kijang Rangers FC.

 

KIJANG Rangers FC mendapat suntikan kesegaran untuk bersaing dalam Liga M3 musim 2022 yang telah bermula pada minggu lepas apabila menerima tajaan dari Fresh Life Water Resouces (M) Sdn Bhd, pengeluar air minuman berjenama FRESHLIFE.

Ketua Pegawai Eksekutif Kijang Rangers FC, Orissa Baharum berkata, syarikat berkenaan akan menjadi Penaja Rasmi Air Minuman skuad Kijang Rangers FC untuk musim 2022.
“Kami amat berbesar hati menerima tajaan Air Minuman FreshLife pada musim ini dan yakin dengan tajaan ini akan meningkatkan semangat para pemain untuk bersaing di Liga M3.
“Air minuman FreshLife ini akan dapat menambah kesegaran para pemain Kijang Rangers FC semasa latihan harian dan juga semasa perlawanan Liga M3 nanti,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Fresh Life Water Resouces (M) Sdn Bhd, Ir. Vincent Leng berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk menaja air minuman FreshLife buat pasukan Kijang Rangers FC kerana tertarik dengan visi dan misi Kijang Rangers FC iaitu untuk menengahkan bakat-bakat muda Kelantan ke peringkat lebih tinggi.
“Kami amat menyokong aktiviti-aktiviti sukan yang ingin menengahkan bakat-bakat muda di Kelantan ke peringkat kebangsaan.
“Dengan penajaan ini, pihak kami yakin dapat membantu menaikkan lagi industri sukan terutamanya sukan bolasepak di Negeri Kelantan. Kami yakin dengan penyertaan kami dalam keluarga Kijang Rangers FC ini dapat memberi semangat kepada pemain-pemain muda Kijang Rangers FC untuk memburu impian dan mencapai matlamat mereka ke peringkat lebih tinggi,” tegasnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: