Bola Sepak

Liga M 2022 : Pemain positif Covid-19, Sri Pahang FC tarik diri


HASRAT penyokong untuk menyaksikan pertembungan Kuala Lumpur City menentang Sri Pahang FC bagi merebut Piala Menteri Wilayah Persekutuan, 17 Februari ini tidak kesampaian apabila Sri Pahang FC menarik diri.

Keputusan ini diambil skuad Tok Gajah ekoran beberapa pemainnya didapati positif Covid-19 dan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Sri Pahang FC, keputusan ini terpaksa diambil setelah beberapa pemain kami didapati positif Covid-19 dan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalani kuarantin wajib.

“Kami memahami keputusan ini pastinya mengecewakan penyokong namun kesihatan dan keselamatan awam serta semua yang bakal terlibat di dalam perlawanan ini adalah menjadi keutamaan pada ketika ini.

“Kami juga memohon maaf kepada penganjur atas keputusan minit akhir ini dan mengharapkan persiapan KL City untuk aksi Piala Sumbangsih pada 26 Februari tetap berjalan lancar,” ujarnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: