Bola Sepak

LPFK: Negeri Sembilan kelebihan satu mata di kedudukan teratas


Sebahagian pemain Negeri Sembilan meraikan kemenangan sirkit kelima LPFK. Foto: FAM

Oleh: JJFIRDAUS

SKUAD futsal Negeri Sembilan merampas takhta teratas Liga Premier Futsal Kebangsaan (LPFK) dari Pahang Rangers selepas aksi sirkit kelima yang berlangsung di Stadium Panasonic, Shah Alam pada Isnin.

Dua kemenangan yang dicatatkan Negeri Sembilan ke atas PDRM 2-0 dan KL City FC 7-2 memastikan mereka di tangga teratas dengan 19 mata selepas menamatkan lapan perlawanan.

Tempat kedua kini menjadi milik Selangor MAC yang juga berjaya mencatat dua kemenangan menewaskan TRW Kelantan FC 5-3 dan Terengganu 4-2 untuk mengumpul 18 mata dari tujuh perlawanan liga.

Pahang Rangers jatuh ke tangga ketiga apabila hanya berjaya mencatat satu kemenangan ke atas Kedah 3-1 dan satu keputusan seri 2-2 dengan KL City FC dan kelihatan masih cuba mencari kembali prestasi cemerlang seperti dalam sirkit pertama dan kedua.

Tiga pasukan, KPT-PST Mustangs, ATM dan Selangor TOT tidak dapat bertanding dalam sirkit kelima ini ekoran ada beberapa pemain dan pegawai yang dijangkiti Covid-19 dan perlawanan melibatkan mereka ini akan diadakan pada suatu tarikh yang lain.

Kuala Lumpur masih bergelut di tangga terbawah dan kekalahan terbaru kepada PDRM 9-2 menambah lagi duka skuad warga kota yang hanya mempunyai tiga mata hasil dari satu kemenangan dan tujuh kekalahan setakat ini.

PDRM FC menang 9-2 ke atas Kuala Lumpur City (merah).

Dengan hanya dua mata memisahkan tiga pasukan teratas, persaingan merebut kejuaraan musim ini dijangka akan lebih sengit dan Sirkit Keenam pasti akan menyaksikan perlawanan yang mendebarkan.

Persaingan kini sudah memasuki separuh perjalanan dengan berakhirnya Sirkit Kelima dan kini Sirkit Keenam bakal berlangsung pada hujung minggu hadapan juga di Stadium Panasonic, Shah Alam.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading