
Oleh : SUBKHI SUDARJI
PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee nyata tidak berpuas hati dengan beberapa pemain yang tidak menunjukkan prestasi terbaik pada perlawanan Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) menentang TRW Kelantan FC di Stadium Likas, malam tadi.
Tegasnya, dari segi keputusan dia tidak berpuashati di mana pasukan bermula agak perlahan walaupun mendapatkan gol pertama.
“Selepas gol pertama kita berhenti bermain di mana kita mengambil mudah dan ini merupakan satu sikap yang negatif.
“Apabila kita bermain dengan mana-mana pasukan sekalipun apabila kita mendahului kita harus kekalkan momentum.
“Namun kita masih ada masa sehari untuk memperbaiki semua ini sebelum aksi seterusnya,” tegasnya.

Pada perlawanan tersebut, Sabah FC selaku tuan rumah terlebih dahulu mengegarkan gawang lawan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-51 sebelum pelawat menyamakan kedudukan menerusi bekas penyerang muda Selangor FC II, Alifh Aiman selang 20 minit kemudian.
Tiga mata penuh sah menjadi milik anak didik Rezal Zambery Yahya apabila penyerang importnya, Kervens Belfort menjaringkan gol kedua melalui sepakan penalti pada minit ke-86.
Add Comment