Bola Sepak

AFF 2022 : Ketiadaan Indonesia bukan kelebihan buat Malaysia


PENARIKAN diri juara bertahan, Indonesia daripada Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2020 susulan Covid -19 bukanlah bermakna jalan mudah buat skuad bimbingan Brad Maloney untuk diletakkan sebagai pasukan pilihan pada temasya itu.

Badai Covid-19 yang melanda dalam kem negara juga secara tidak langsung menyebabkan perancangan Maloney sedikit terganggu namun sudah pastinya pengendali berkenaan memiliki perancangan untuk memastikan posisi yang ditinggalkan Fahmi Daniel Zaaim serta penggantinya, Shafi Azswad Sapari mampu digalas pemain lain.

Bagi Maloney, dia engage meletakkan pasukan bimbingannya antara pilihan memadangkan rata-rata pemain yang bakal beraksi pada temasya kali ini membuat penampilan kali pertama di peringkat antarabangsa.

“Kami mahu menguji banyak pemain baharu jadi saya tidak tahu kenapa anda katakan kami (Malaysia) adalah pasukan pilihan dan akan ke separuh akhir.

“Ada pemain yang dibawa kali ini akan beraksi buat kali pertama di peringkat antarabangsa dan kejohanan ini akan memberikan peluang terbaik untuk mereka mendapat pendedahan sebegitu,” katanya.

Untuk rekod, skuad B-23 akan berentap dengan dua pasukan sahaja dalam Kumpulan B membuka tirai berdepan Myanmar petang ini  sebelum aksi kedua menentang Laos pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Maloney juga beranggapan Malaysia tidak memiliki kelebihan sekalipun hanya akan turun beraksi dalam dua perlawanan yang dijadual berlangsung di Stadium Prince itu.

“Tetapi sasaran kami tetap jelas iaitu perlu mengungguli kumpulan untuk layak ke peringkat seterusnya. Tiada apa yang berubah walaupun hanya sekadar beraksi dalam dua perlawanan,” katanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: