Antarabangsa Bola Sepak

FIFA gantung empat pemain EPL


PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan hukuman gantung dua perlawanan ke atas empat pemain Liga Perdana Inggeris digantung kerana menyebabkan perlawanan antara Brazil dan Argentina pada September dibatalkan.

Dua daripada pemain terbabit adalah bintang Tottenham Giovani Lo Celso dan Christian Romero, manakala gandingan Aston Villa Emiliano Martinez dan Emi Buendia turut dihukum.

“Selepas siasatan terperinci, Jawatankuasa Disiplin FIFA memutuskan perlawanan itu perlu diadakan semula pada tarikh dan lokasi yang akan diputuskan oleh FIFA.

“Jawatankuasa Disiplin juga memutuskan untuk menggantung pemain Argentina Emiliano Buendía, Emiliano Martínez, Giovani Lo Celso dan Cristian Romero untuk dua perlawanan kerana tidak mematuhi protokol,” kata FIFA.

Perlawanan yang baru berlangsung selama enam minit terpaksa dibatalkan apabila pegawai kesihatan masuk ke dalam padang untuk menahan empat pemain berkenaan.

Ketika perlawanan itu diadakan, Brazil berada dalam senarai merah United Kingdom, di mana pemain-pemain itu melanggar peraturan Liga Perdana Inggeris yang melarang mereka mengembara ke negara-negara berisiko tinggi Covid-19.

Berdasarkan peraturan pemain berkenaan perlulah dikuarantin 14 hari sebaik memasuki negara berkenaan.

Persatuan bola sepak kedua-dua negara turut didenda kerana kegagalan mengikut arahan dan memastikan keselamatan – Brazil didenda 300,000 pound (RM1.70 juta) dan Argentina 160,000 pound (RM907,649).

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: