Bola Sepak

AFF 2022 : Bersedia hadapi corak permainan pantas lawan – Aiman


Aiman mahu rakan sepasukan sentiasa berwaspada dengan corak permainan pantas lawan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA pasukan skuad B-23 negara, Aiman Afif Afizul mahu rakan sepasukan bersedia dengan corak permainan pantas yan bakal dijelmakan Myanmar apabila kedua pasukan memulakan aksi pertama Kumpulan B, Kejuaraan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Prince, petang ini.

Ujarnya, berdepan dengan skuad bimbingan Velizar Popov bukanlah tugas mudah dan mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak mengambil mudah cabaran

“Saya tidak pernah bertemu Myanmar sebelum ini tetapi kita tahu kualiti dan pemain mereka yang laju. Jadi kami perlu bersiap sedia untuk turun beraksi.

“Kita perlu memberikan 100 peratus dalam setiap perlawanan dan tidak boleh ambil mudah dengan siapa pun yang kita lawan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Aiman mengakui bersedia jika perlu kembali beraksi di bahagian tengah sekiranya itu yang dimahukan oleh pengendali, Brad Maloney bagi aksi pertama itu nanti.

Pemain berusia 21 tahun itu berkebolehan beraksi di beberapa tempat seperti pertahanan tengah, pemain tengah mahupun penyerang.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: