Bola Sepak

Liga M 2022 : Pessoa perlu lebih tajam – DOKS


Kim Swee mahu Pessoa lebih sempurna dari segi penyudah dibahagian hadapan. (Foto : SabahFC)

Oleh : SUBKHI SUDARJI

“MASIH terlalu awal untuk menilai kemampuan Neto Pessoa”, reaksi pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengenai penyerang importnya ketika diturunkan buat kali pertama menentang  Kelantan FC.

Jelasnya, penyerang baharu dari Brazil itu, baru bersama-sama kira-kira dua minggu dan masih perlu melakukan penyesuaian dengan pasukan baharunya.

“Sudah tentu banyak kelemahan perlu diperbaiki terutamanya dari segi penyudah tetapi secara keseluruhannya saya amat berpuas hati terutama kesungguhannya.

“Seorang lagi pemain import dari Brazil, Jackson De Souza pula sudah menunjukkan persefahaman yang baik dalam perlawanan malam tadi dan saya yakin kedua-dua pemain import ini akan menjadi lebih baik selepas mengharungi beberapa perlawanan selepas ini,” katanya.

Pada aksi Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) menentang TRW Kelantan FC di Stadium Likas, skuad bimbingannya tewas 1-2.

Kim Swee berkata pihaknya akan memperbaiki semua masalah yang dikenal pasti termasuk kecederaan yang masih membelenggu beberapa pemain terutama penyerang import dari Jepun, Taiki Kagayama, Dominic Tan, Irfan Fazail dan beberapa pemain lain.

Sabah FC akan bertemu Sarawak United FC dalam saingan kedua malam ini, manakala Kelantan FC akan bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC pada hari sama jam 4.15 petang.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: