Bola Sepak EPL

Klopp akui tekanan semakin dirasai


Jaringan tunggal Fabinho memastikan tiga mata mutlak buat The Reds.

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya terpaksa bekerja keras sebelum hanya mampu menang 1-0 ke atas Burnley pada aksi di Turf Moor, malam tadi.

Tekanan tuan rumah selain cabaran mengejar Manchester City menyebabkan pemainnya sedikit tertekan namun permasalahan ini berjaya diatasi pemain dengan sempurna.

“Secara keseluruhannya sukar untuk bermain di sini, terutamanya dengan mengambil kira keadaan hari ini. Angin datang dari semua arah dan pemain dapat mengatasinya dengan cepat.

“Burnley mempunyai beberapa detik hebat, tetapi Alisson menggagalkannya. Terdapat banyak peluang ofsaid, tetapi saya tidak berasa selesa, terutamanya mengenai bendera ofsaid dinaikkan lewat.

“Kami dapat menjaringkan gol dan mengawal permainan dari sisi positif. Kemenangan yang sangat penting memandangkan jadual kami. Kami dapat meneruskannya sehingga tamat dan saya gembira,” katanya.

Pada aksi malam tadi, Fabinho menjaringkan gol tunggal perlawanan di akhir babak pertama untuk memberikan Liverpool kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan liga.

Liverpool kini sembilan mata di belakang City dan bermain kurang satu perlawanan berbanding pendahulu liga kendalian Pep Guardiola itu.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: