
PENGENDALI Bawah 23 tahun negara, Brad Maloney memanggil penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Shafi Azswad Sapari bagi memperkukuhkan skuad menyertai Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-23 2022 di Phnom Penh, Kemboja bermula dari 14 hingga 26 Februari ini.
Keputusan ini dibuat bagi menggantikan Fahmi Daniel Zaaim yang disahkan positif Covid-19 ketika menjalani ujian PCR selepas tiba di sana Jumaat lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pemain berusia 21 tahun itu akan mula menyertai latihan bersama pasukan selepas memperoleh keputusan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) setibanya di sana.
Berikut adalah senarai 28 pemain yang dipanggil menyertai skuad B-23 kebangsaan di Kemboja:
1. Harith Haiqal Adam Afkar (20), Selangor FC
2. Ahmad Zikri Mohd Khalili (20) Selangor FC
3. Azrin Afiq Rusmini (20) Selangor FC
4. Sikh Izhan Nazrel (20) Selangor FC
5. Muhammad Fakrul Iman Naszari (21) Selangor FC 2
6. Muhammad Faiz Amer Runnizar (19) Selangor FC 2
7. Azhad Harraz Arman (19) Sabah FC
8. Mohd Nureizkhan Isa Japar (22) Sabah FC
9. Harith Naem Jaineh (20) Sabah FC
10. Abdul Hanafie Tokyo (23) Sabah FC
11. Gerald Gadit (23) Sabah FC
12. Zainal Abidin Jamil (23) Petaling Jaya City FC
13. Shivan Pillay (22) Petaling Jaya City FC
14. V. Ruventhiran (21) Petaling Jaya City FC
15. Arif Shaqirin Suhaimi (22) Kuala Lumpur City FC
16. Mohd Aiman Afif (21) Kedah Darul Aman FC
17. Syed Muhammad Nasrulhaq (23) Terengganu FC II
18. K Thivendaran (23) Penang FC
19. T Saravanan (21) Penang FC
20. A Selvan (22) Negeri Sembilan FC
21. N Javabilaarivin (22) Negeri Sembilan FC
22. Zharmien Ashraf (20) Sarawak United FC
23. Ahmad Tasnim Fitri (23) Sarawak United FC
24. Muhammad Ubaidullah (19) Skuad Projek FAM-MSN
25. Aizat Aiman (19) Skuad Projek FAM-MSN
26. Muhammad Firdaus Imran (21) PDRM FC
27. Muhammad Nur Azfar Fikri (22) Terengganu FC II
28. Shafi Azswad Sapari (21) Johor Darul Ta’zim II





Add Comment