
PENYERANG Kelab Al Shabab yang beraksi dalam Liga Bahrain musim 2021, Jacob Njoku menjadi taruhan Kelantan United FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.
Berita tersebut dikongsikan KUFC yang memaklumkan, Njoku selaku pemain import baharu kelab.
Jacob Njoku kini berada di Kota Bharu bagi menyertai pasukan selepas menamatkan proses kuarantin di ibu negara, baru-baru ini.
Pemain berusia 24 tahun ini bakal membarisi jentera serangan skuad The Green Deer bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2022.
Pemain kelahiran Nigeria ini mempunyai pengalaman beraksi bersama beberapa kelab di luar negaranya, sejak 2016.
Sementara kelab terakhir disertai pemain yang berketinggian 1.77 sentimeter adalah Al Shabab FC yang beraksi dalam Liga Bahrain musim 2021.







Add Comment