Bola Sepak

‘Aura’ Pan-gon semakin terasa, bakal diperkenal secara rasmi selepas kuarantin


Kim Pan-gon tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto: IG KimPanGon

KETUA jurulatih Harimau Malaya yang baharu, Kim Pan-gon dijangka akan diperkenalkan secara rasmi dalam tempoh terdekat.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar memberitahu bahawa Pan-gon sudah tiba di Kuala Lumpur petang Sabtu.

Pan-gon tiba bersama bersama barisan kejurulatihannya yang terdiri daripada jurulatih penjaga gol Cho Jun Ho, Dr Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (penganalisis), manakala penolong jurulatih dari Sepanyol Pau Marti Vicente belum tiba kerana menjalani kuarantin di negaranya.

“Beliau (Pan-gon) sudah mula menjalani kuarantin wajibnya di sebuah hotel, yang dijangka tamat jika diuji negatif untuk Covid-19 pada hari kelima,” jelasnya kepada Bernama.

Mohd Saifuddin berkata, sebaik sahaja tamat kuarantin, pihak FAM merancang mengadakan sidang media untuk memperkenalkan Pan-gon secara rasmi kepada peminat bola sepak tanah air.

Di situ juga, Pan-gon dijangka akan menerangkan perancangannya untuk skuad Harimau Malaya dan mengumumkan lawan yang dipilih bagi siri aksi persahabatan pada jendela Persekutuan Bolasepak Antarabangsan (FIFA) bermula 21 hingga 29 Mac ini.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d