Bola Sepak

Chelsea raih gelaran juara Piala Dunia Kelab


CHELSEA merangkul trofi pertama musim ini apabila bergelar juara selepas menewaskan menewaskan kelab Brazil, Palmeiras 2-1 pada final Piala Dunia Kelab di Abu Dhabi.

Kai Havertz meledak penalti pada tambahan dimana mereka sebelum itu mendahului lawan menerusi Romelu Lukaku pada minit ke-54 tetapi Raphael Veiga menyamakan kedudukan hasil penalti buat juara Copa Libertadores itu selepas sejam perlawanan.

Chelsea akhirnya bergelar juara selepas Havertz yang juga merupakan hero final Liga Juara-Juara ketika berdepan Manchester City, sekali lagi menjaringkan gol kemenangan Chelsea apabila dia menyempurnakan penalti pada minit ke-117 selepas diberikan penalti berikutan rakaman VAR.

Chelsea kini meraih semua trofi utama sejak Roman Abramovich membeli kelab itu pada 2003 dan menjadi kelab England ketiga menang kejohanan global itu selepas Manchester United dan Liverpool.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: