Antarabangsa

Australia kaji buka slot pemain import Asia


Liridon pernah beraksi untuk Liga Profesional Australia sebagai pemain pinjaman dari JDT.

Oleh: JJFIRDAUS

SETELAH sekian lama Liga Malaysia mengambil pemain Australia sebagai pemain antarabangsa, kini mungkin sudah tiba masanya buat pemain kita melebarkan sayap ke negara Kanggaru itu.

Ini ekoran usul yang dicadangankan oleh Australian Professional Leagues (APL) supaya setiap kelab A-League mencari pemain terbaik dari seluruh Asia terutama ASEAN untuk mengisi slot pemain antarabangsa.

The Australian Professional Leagues sedang dalam proses untuk menukar peraturan visa pemain musim hadapan dengan memperkenalkan slot khas untuk pemain Asia dan Asean.

Danny Townsend. Foto: ministryofsport

Mengikut peraturan sedia ada, pasukan dibenarkan untuk mendaftar sehingga lima pemain antarabangsa dari seluruh dunia. Bagaimanapun, AFL akan memohon untuk slot kelima itu dikhususkan untuk pemain dari kalangan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan peraturan 4+1.

Kejayaan pasukan negara-negara Asia Tenggara seperti Vietnam yang layak ke Piala Asia dan Thailand yang menjuarai Piala AFF Suzuki telah membuka mata pemerhati bola sepak Australia dan gesaan ini diteliti oleh AFL.

Peraturan baharu ini disasarkan untuk menggalakkan kelab menandatangani pemain dari negara yang mempunyai banyak penduduk asal di Australia yang mampu membantu kelab menarik penyokong baharu dari komuniti imigran.

“Kami akan melihat sama ada peraturan ini boleh dikuatkuasakan secepat mungkin. Kami akan berterusan melakukan perubahan positif dan mengambil risiko. Ini adalah satu risiko yang rendah dan ianya adalah keputusan yang masuk akal sebenarnya,” kata ketua AFL Danny Townsend.

Sebelum ini, pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi pernah menyertai kelab Newcastle Jets secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: