Antarabangsa

Stadium Visakha contoh terbaik buat kelab-kelab di Malaysia


Stadium Visakha. Foto: Vishaka FC

Oleh: JJDFIRDAUS

KEMBOJA, sebuah negara yang sedang membangun kini sedang giat membangunkan beberapa prasarana sukan baharu sebagai persediaan menjadi tuan rumah Kejohanan Sukan Asia Tenggara 2023.

Tumpuan peminat bola sepak ASEAN kini tertumpu ke Kemboja apabila negara Khmer ini akan menjadi tuan rumah Kejohanan Piala AFF Bawah 23 tahun bermula dari 14 hingga 26 Februari ini.

Dua venue telah dipilih untuk menganjurkan kesemua permainan untuk ketiga-tiga kumpulan dengan stadium baharu, Stadium Morodok Techo bakal membuka pintu buat kali pertama dan juga Stadium Prince di Phnom Penh.

Dikala Stadium Morodok Techo dengan kapasiti 60,000 penonton bakal menjadi stadium kebangsaan, apa yang menarik perhatian adalah Stadium Prince milik kelab Visakha FC.

Stadium Morodok. Foto: AFF

Stadium ini adalah antara contoh terbaik yang boleh diikuti oleh kelab-kelab di Malaysia dengan memfokuskan kepada keadaan padang yang baik dan pelbagai kemudahan untuk keselesaan dan keselamatan penyokong.

Dengan 10,000 kapasiti, stadium akan sentiasa kelihatan penuh ketika hari perlawanan dan ianya cukup untuk memberikan pulangan lumayan buat kelab kerana kos penyenggaraannya yang tidak besar.

Jika dilihat dalam senario bola sepak tempatan, purata kehadiran penyokong ke stadium untuk perlawanan liga adalah kira-kira 6,000 ke 7,000 orang setiap perlawanan. Oleh itu 10,000 tempat duduk adalah saiz yang ideal buat stadium di Malaysia.

Keadaan padang yang sempurna dengan sistem saliran yang baik mampu memberikan mutu permainan yang menarik tanpa mengira keadaan cuaca dan akan mendapat pengiktirafan daripada AFC dan membolehkan stadium menganjurkan kejohanan antarabangsa.

Stadium Prince tanpa lintasan altetik ini mempunyai tiga ‘grandstand’ dengan semua tempat duduk adalah berbumbung serta mempunyai bilik persalinan yang moden dan selesa menepati kriteria yang ditetapkan AFC.

Stadium Prince: Foto kredit: FB Bong Vathana

Selain itu, stadium ini juga dilengkapi kedai rasmi Visakha FC yang menjual pelbagai barangan cenderahati kelab serta Visakha fitness center yang dibuka kepada umum.

Kawasan sekitar stadium ini juga turut dilengkapi padang latihan sintetik, asrama pemain dan juga kafe buat para pemain dengan makanan yang disediakan oleh pakar nutrisi kelab.

Untuk kejohanan AFF Bawah 23 ini, Stadium Prince akan digunakan untuk sembilan perlawanan kumpulan dengan Malaysia dan Myanmar bakal membuka saingan di stadium yang serba lengkap ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: