Antarabangsa Bola Sepak

AFF 2022 : Skuad B23 Indonesia tarik diri


SKUAD Indonesia Bawah 23 tahun  menarik diri daripada Piala AFF B-23 ekoran tujuh tonggak utama pasukan positif Covid-19.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berkata, mereka ialah Ronaldo Joybera R Junior, Muhammad Ferrari, Braif Fatari, Taufik Hidayat, Irfan Jauhari, Ahmad Figo Ramadhani, dan Cahya Supriyadi.

Mereka juga menanti keputusan Alfeandra Dewangga, Genta Alparedo, Muhammad Kanu Helmiawan, dan Marcelino Ferdinand yang merupakan rakan sebilik dengan pemain yang positif covid-19.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan kecederaan yang dialami oleh Gunansar Mandowen, Ramai Rumakiek, dan Muhammad Iqbal yang mengalaminya ketika memperkuatkan kelab masing-masing dalam BRI Liga 1.

Muhammad Riyandi adalah satu-satunya penjaga gol yang tinggal, kerana Cahya juga positif COVID-19. Padahal Riyandi baru 10 hari dikuarantin.

Keadaan ini menyebabkan pengendali pasukan,  Shin Tae-yong menghantar surat rasmi kepada persekutuan, mencadangkan untuk membatalkan penyertaan Indonesia dalam Piala AFF U-23.

Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi

Ketua PSSI, Mochamad Iriawan yang mengetuai perbincangan bersama Timbalannya, Iwan Budianto, Setiausaha Agung, Yunus Nusi, Pengarah Teknikal Indra Sjafri, dan jurulatih Shin Tae-yong akhirnya memutuskan untuk membatalkan penyertaan Indonesia dalam kejohanan itu.

Setiausaha Agung PSSI Yunus Nusi dalam kenyataan rasmi memaklumkan, dengan kekesalan yang besar pihaknya terpaksa membatalkan penyertaan Indonesia dalam Piala AFF B-23.

“Kami memohon maaf kepada semua pihak kerana keadaan ini di luar kawalan kami. Sekarang ini kami memberi tumpuan kepada penyembuhan pemain yang terjejas akibat COVID-19 dan yang mengalami kecederaan,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: