Bola Sepak

Tiada sebarang tawaran lantik Cheng Hoe selaku Pengarah Teknikal – Khamal Idris


Khamal Idris memaklumkan tiada sebarang perbincangan mahupun tawaran dilakukan buat masa ini.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Kedah Darul Aman (KDA FC),  Khamal Idris Ali menafikan khabar angin bekas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bakal dilantik selaku Pengarah Teknikal pasukan.

Tegasnya, tiada sebarang perbincangan mahupun tawaran telah dikemukakan kepadanya memandangkan jawatan tersebut telah diisi Mosthakeen Omar yang merupakan bekas pengendali Kedah musim 1996 -1997.

“Setakat ini itu hanyalah khabar angin, Cheng Hoe adalah sahabat baik saya, masa untuk dia berehat, mungkin tahun hadapan, kita tak tahu macam mana perjalanan pasukan.

“Musim 2022 ini sengit kita kena tengok pencapaian, buat masa sekarang dia tak tertibat dengan kita. Tiada apa-apa tawaran kerana semua tempat (jawatan) telah diisi, buat masa ini tiada apa-apa,” katanya pada Majlis Pekenalan Penaja dan Rakan Rasmi KDA FC musim 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur yang turut dihadiri penaung KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.

Untuk rekod Cheng Hoe yang juga bekas pengendali Kedah musim 2014 hingga 2017 meletakkan jawatan selaku Ketua Jurulatih Harimau Malaya susulan kegagalan skuad negara di Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, hujung tahun lalu.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: