Bola Sepak

Maloney panggil empat pemain muda Selangor FC


KETUA Jurulatih Skuad B-23 Kebangsaan, Brad Maloney telah memanggil empat pemain tonggak yang beraksi pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober lalu.

Empat pemain tersebut iaitu penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman serta tiga pemain pertahanan, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Azrin Afiq Rusmini dan Harith Haiqal Adam Afkar, kesemuanya dari Selangor FC telah melapor diri, malam tadi.

Skuad Maloney akan berlepas ke Phnom Penh, Kemboja Jumaat ini bagi menghadapi saingan Kejuaraan B-23 AFF 2022 dari 14 hingga 26 Februari ini.

Pasukan negara berada dalam saingan Kumpulan B bakal memulakan kempen dengan bertermu Myanmar di Stadium Prince pada 15 Februari ini.

Mereka seterusnya akan bertemu Laos pada 18 Februari sebelum melengkapkan perlawanan kumpulan dengan menentang Indonesia dia Stadium Nasional Morodok pada 21 Februari.

Tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Februari, makala aksi akhir pada 26 Februari ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: