Bola Sepak

Liga M 2022 : Kedah sedia rampas gelaran Liga Super dari JDT


Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KELAB Bolasepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mensasarkan sekurang-kurangnya satu piala diraih musim ini dengan gelaran kejuaraan Liga Super menjadi keutamaan pasukan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor meluahkan keyakinan tersebut bahawa KDA FC mampu merampas kejuaraan Liga Super daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Katanya, pasukan memiliki ramuan untuk muncul juara tetapi kekangan dana yang dialami sebelum ini telah merencatkan momentum untuk tampilkan aksi yang diharapkan.

“Kita punya sasaran sudah tentu untuk menewaskan JDT dan menjuarai carta Liga Super musim ini. Cuma, sebelum ini sedikit sukar kerana kekurangan dana yang dihadapi oleh pasukan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pekenalan Penaja dan Rakan Rasmi KDA FC musim 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Turut turut dihadiri penaung KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali serta barisan penaja.

Untuk rekod, JDT Harimau Selatan gah dengan kejayaan mendominasi liga utama negara buat kali kelapan musim lalu manakala KDA FC telah menduduki Naib Juara Liga Super buat kali kedua berturut-turut .

Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi yang juga Menteri besar Kedah mengesahkan pasukan KDA FC kembali menggunakan ‘nama gelaran’ Sang Kenari bagi kempen musim baharu selepas sinonim dengan panggilan Helang Merah sebelum ini.

“Skuad KDA FC akan menggunakan nama gelaran Sang Kenari bermula musim ini seperti yang pernah dilakukan pada skuad Kedah yang lepas. Sementara itu, panggilan Helang Merah adalah kekal menjadi milik KFA,” ujarnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: