Bola Sepak

FAM teruskan hasrat bida tuan rumah kelayakan Piala Asia 2023


Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin

WALAUPUN kes jangkitan COVID-19 di negara ini menunjukkan trend meningkat ketika ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih meneruskan hasrat untuk membida sebagai tuan rumah kelayakan Piala Asia 2023 .

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan pihak sekretariat sebelum ini sudah menghantar segala dokumen diperlukan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk membuat bidaan namun tiada jaminan untuk Malaysia berjaya dalam bidaan itu kerana perlu bersaing dengan negara lain yang turut mengemukakan permohonan.

“Betul meningkat (kes COVID-19), tapi ia berbeza kerana sudah banyak dapat dos (vaksin), jadi kita ikut segala SOP (prosedur operasi standard) MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

“AFC akan buat keputusan sama ada kita berjaya atau tidak, kerana saya difahamkan daripada Setiausaha Agung AFC), Datuk Windsor John  hampir kebanyakan pasukan membida untuk jadi tuan rumah, bukan kita sahaja.

“Jadi, AFC ada kriteria mereka (untuk memilih) dan setakat ini saya difahamkan kita masih (memenuhi kriteria), cuma terpaksa bersaing dengan negara lain.

“Ada sesetengah (negara) itu langsung tiada kuarantin. Jadi, AFC akan tengok semua kriteria dan yang paling mustahak pasukan kita kena bersedia sama ada bermain di dalam negara atau di luar,” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: