Bola Sepak

AFF 2022 : Malaysia terpaksa lupakan khidmat Wan Kuzri


Ketua jurulatih B-23, Brad Maloney

Oleh : SUBKHI SUDARJI / KHAIRUL AKMA

HARAPAN untuk melihat Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal bersama skuad kebangsaan dalam saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 Bawah 23 Tahun di Phnom Penh, Kemboja tidak kesampaian memandangkan masa ‘menunggunya’ sudah semakin suntuk.

Ketua jurulatih B-23, Brad Maloney memberitahu, dia ada bercakap dengan pemain itu pagi ini.

“Dia masih belum selesai beberapa masalah di sana, dan kelihatan kita tidak dapat membawanya kali ini.

“Sudah tentu kecewa kerana dia pemain yang bagus, tetapi kami perlu terimanya dan ‘move forward’ dan cari penyelesaian.

“Masih mempunyai pilihan dengan tiga atau empat pemain tengah yang akan diuji dalam tempoh dua tiga hari ini dalam perlawanan persahabatan.

“Manakala senarai penuh 28 pemain akan diumumkan Jumaat ini,” ujarnya ketika ditemui media pada sesi latihan di Padang Latihan PKNS, Petaling Jaya, sebentar tadi.

Skuad B-23 negara, yang diundi dalam Kumpulan B, akan memulakan kempen menentang Myanmar pada 15 Februari, diikuti Laos (18 Februari) sebelum melengkapkan perlawanan kumpulan dengan aksi menentang Indonesia pada 21 Februari.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading