
SERAMAI 20 jurulatih tempatan menyertai Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2022-2023 yang bermula hari ini di Residensi UTMKL, Kuala Lumpur.
Lesen Diploma Profesional AFC ini merupakan antara lesen tertinggi dalam karier jurulatih bola sepak dan syarat wajib dimiliki oleh mana-mana jurulatih jika mahu mengendalikan sebuah pasukan Liga Super.
Barisan 20 jurulatih tersebut terdiri daripada Manzoor Azwira Abd Wahid (Penang FC), Wan Rohaimi Wan Ismail (PDRM FC), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Penang FC), Mohd Shahril Nizam Khalil (Perak), Noor Zaidi Rohmat (Skuad Projek FAM-MSN), Mohd Nidzam Adzha Yusoff (KLFC), Mohd Asri Ninggal (Melaka United FC), Muhammad Firdaus Aziz (Selangor FC), Subri Sulong (Terengganu FC), Chan Wing Hoong (Perak FC), K. Nantha Kumar (Perak FC), K. Rajan (PJ City), Ridzuan Abu Shah (Malaysian University Team), Roshadi Wahab (Terengganu FC), Tengku Hazman Raja Hassan (Terengganu FC), A. Victor (Kedah FC), Nazrulerwan Makmor (Melaka United FC), Jelius Ating (Sabah FC), Badrul Afzan Razali (Terengganu FC) dan Md Noor Md Derus (Melaka United FC).






[…] artikel oleh Cakap Sukan ini, Asri juga merupakan salah seorang jurulatih yang terlibat dalam kursus yang disertai oleh Manzoor. Oleh itu, beliau juga belum layak mengendalikan pasukan […]