Bola Sepak

Bekas pemain EPL tidak tunggu lama beri impak di La Liga


 

ADAMA Traore membuktikan penampilan pertamanya di La Liga bersama Barcelona dengan aksi menyakinkan apabila mencipta satu hantaran gol kedua bagi membantu kemenangan 4-2 Barca ke atas Atletico Madrid, malam tadi.

Pemain berdarah Mali itu dipinjamkan oleh Barcelona dari Wolverhampton dalam pasaran Januari dan menjadi pilihan selaku kesebelasan utama

Dia hanya memerlukan 21 minit untuk membuat impak dengan menyumbang hantaran kepada Gavi pada minit ke -21 untuk gol kedua tuan rumah.

Pemain bola sepak berusia 26 tahun itu beraksi selama 61 minit dan digantikan oleh seorang lagi pemain baru, Pierre-Emerick Aubameyang.

Semasa berada di atas padang, Adama melakukan 37 sentuhan pada bola, melepaskan percubaan tepat, melakukan satu hantaran dan kehilangan bola sembilan kali.

Persembahan Adama Traore meninggalkan kesan positif kepada Naib Presiden Barcelona Mateu Alemany selepas mengharungi perlawanan yang hebat dan penyokong gembira.

Kemenangan  ke atas Atletico Madrid memastikan Barcelona kembali ke kedudukan empat teratas Liga Sepanyol dengan mengumpul 38 mata daripada 22 perlawanan, menggantikan Atletico ke tempat kelima yang hanya mengumpul 36 mata.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: