Antarabangsa

Syarat ketat Coleen kepada Wayne Rooney


Rooney bersama isterinya, Coleen.

BEKAS pemain legenda Manchester United Wayne Rooney dilarang keluar tanpa ‘bodyguard’.

Isterinya, Coleen,35, membuat keputusan bahawa seseorang perlu menemani Rooney sepanjang masa jika ingin keluar bagi menyelamatkan 13 tahun perkahwinan mereka.

Ini kerana Coleen tidak percaya dengan sikap Rooney yang akan bertukar menjadi ‘liar’ jika dia mengambil minuman beralkohol.

Malah Coleen juga memberitahu kawannya bahawa dia juga tidak percaya dengan kawan-kawan Rooney dan hanya membenarkan Rooney ditemani adiknya sendiri Joe atau individu yang dipercayainya sahaja.

Coleen dilihat sudah hilang sabar selepas perkahwinan mereka beberapa berdepan dengan masalah kerana sikap bekas pemain England itu yang menjadi ‘kaki perempuan’ selepas mabuk.

“Mabuk antara menjadi punca masalah. Dia tahu perkara buruk akan berlaku jika dia mabuk, dia hilang kawalan dan membuat keputusan yang memalukan.

“Coleen tidak percayakannya atau orang yang keluar bersama Rooney, lebih-lebih lagi jika melibatkan minuman beralkohol.

“Dia (Coleen) melihat Rooney sebagai kanak-kanak yang perlu diberi perhatian,” ujar sumber kepada The Sun.

Rooney kini menguruskan kelab Derby County.

Tambahnya, pengiring atau bodyguard akan menyelamatkan Rooney daripada melakukan kesilapan yang menyebabkan Coleen menjadi ‘bahan ejekan yang menyedihkan’.

Rooney yang kini bergelar pengurus Derby County tampil membuat permohonan maaf kepada kelab dan Coleen Julai lalu selepas gambar tertidur di sebuah hotel bajet bersama sekumpulan wanita tersebar.

Sebelum ini, pada 2010 timbul kontroversi apabila Rooney dilaporkan bersama dua wanita dalam masa sama, selain isu sama pada 2004 di rumah pelacuran di Liverpool.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: