
PIERRE – Emerick Aubameyang menyifatkan dirinya melalui masa depan yang gelap dipenghujung kariernya bersama Arsenal sebelum membuat keputusan menyertai Barcelona.
Penyerang Gabon itu yang dilepaskan Arsenal dimana pemain berusia 32 tahun itu meninggalkan Stadium Emirates secara percuma.
Arsenal turut membayar pampasan kepada Aubameyang kerana menamatkan perkongsian sebelum kontrak pemain itu tamat pada 2023 yang dikatakan mencecah 7 juta pound.
Aubameyang sememangnya tidak pernah diturunkan beraksi sejak awal Disember 2021 susulan dakwaan pemain ini dianggap tidak berdisiplin selepas pulang lewat dari melawat ibunya di Perancis.
Bukan itu sahaja, Aubameyang turut disingkirkan daripada jawatan kapten pasukan oleh Mikel Arteta. Dia sangat kecewa dengan layanan Arsenal terhadapnya dan memilih untuk meninggalkan kelab baru.
Aubameyang mengakui dua bulan lalu adalah yang paling rumit dan menyedihkan baginya. Justeru, dia mahu melupakannya dan cuba mempamerkan prestasi terbaik bersama Barcelona.
“Ia adalah beberapa bulan yang rumit, tetapi saya fikir kadangkala itulah bola sepak.
“Saya tidak pernah mahu melakukan sesuatu yang salah,” kata Aubameyang, dipetik oleh Mundo Deportivo.
Add Comment