Antarabangsa

AFCON 2021: Aksi kemuncak final antara Salah-Mane


Mane dan Salah (kanan) berentap di pentas akhir AFCON 2021 Ahad ini.

DUA bintang Liverpool, Sadio Mane dan Mohammad Salah bakal berentap di perlawanan akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pada Ahad.

Mane membantu Senegal ke final selepas menewaskan Burkina Faso 3-1 dengan Mane menyumbang satu gol dan satu bantuan jaringan manakala Salah berjaya mengetuai Mesir menewaskan tuan rumah, Cameroon menerusi penentuan penalti.

Kini tumpuan seluruh peminat bola sepak akan tertumpa kepada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Olembe, Yaounde dengan dua pemain terbaik benua Afrika akan bertarung merebut kejayaan buat negara mereka.

Senegal yang masih belum pernah menjadi juara AFCON pastinya mahu memastikan edisi kali ini menjadi milik mereka manakala Mesir mahu menebus kehampaan edisi 2017 selepas tewas pada aksi final.

Pasukan Mesir layak ke final AFCON 2021.

Setelah berjaya memenangi kesemua piala yang dipertandingkan di peringkat kelab, kini kedua-dua pemain ini sedang mencari kegemilangan pertama buat negara mereka.

Senegal berjaya ke final tanpa tewas walaupun hanya berjaya menjaringkan satu gol sahaja di peringkat kumpulan tetapi mula menemui sentuhan jaringan pada peringkat kalah mati dengan Mane menyumbang tiga gol.

Mesir meskipun tewas pada perlawanan pembukaan di tangan Nigeria kembali bangkit dan memerlukan dua penentuan penalti di peringkat kalah mati untuk layak ke final dengan Salah menjaringkan dua gol.

Skuad ‘The Pharaohs’ diletakkan sebagai pilihan di final kerana mempunyai pengalaman di peringkat ini berbanding Senegal tetapi skuad ‘The Lions of Teranga’ ini pastinya ingin membuktikan kemampuan mereka dan membawa trofi AFCON 2021 ke Dakar.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading